Welcome to My Website

Semua tulisan di dalam weblog yang diambil untuk paparan di mana-mana medium sama bercetak atau secara maya, hendaklah disertakan sekali pautan kepada weblog ini.

Tiada Tajuk Lagi.

Ditulis oleh kawakib_duriyah Jumaat, Januari 09, 2009

Puisi ini belum mempunyai judul sendiri, ada cadangan?

Selembar kasih menjulur jujur

Tidak sama jeritan batin sedih

Berteriak menangis hampa pilu

Saban hari menimpa syahdu


Kasih bertempik sedih

Menjerit menyoal

Kenapa dia tidak diambil saban hari

Lekuk-lekuk semakin dalam

Kadang kala tidak mampu ditimbus

Hanya kasih di hati masih bertatih sedih

Kenapa masih ada bekas-bekas lama menjerit

Compang camping hidup yang tidak teratur

Belum lagi memberi ajar kepada diri yang sering hanyut

Hanya rindu tanpa dendam yang semakin berputih

Tanpa warna tanpa kata-kata


Selembar cinta berlari-lari

Kadang tersungkur bangun kembali

Tiada penat tiada letih

Disambar kilat ditebas ribut

Masih berjalan walau dihalang

Puing-puing rindu terbang berkawan

Menjerit melolong mencari kasih

Kasih setia, kasih sejiwa

Kawakib Duriyah
Tumpat, Kelantan
9 Januari 2009

1 Responses to Tiada Tajuk Lagi.

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Apa da mat. Wat puisi pandai. Boh tajuk tak pandai. Ish..ish... meh sini aku boh tajuk.

    Tajuk dia adalah TAJUK. tak pun tajuk dia adalah Kasih Yang Sedih.